Saturday, December 18, 2010

Qiam

Qiamulail merupakan salah satu sunnah nabi yang patut menjadi ikutan kita. Tapi, bukan mudah nak bangun solat malam. Saya kongsikan beberapa tips yang mungkin membantu anda untuk bangun solat malam. 

Kalau dah terjaga pada waktu malam, jangan tidur kembali. 

Katakanlah anda sudah terjaga pada pukul 4 pagi. Jangan sesekali beri diskaun pada diri. Contohnya kita bertangguh. "tidur lagi 5 minit la ". Anda pasti terlepas peluang untuk qiam kerana kembali terlelap. 

Baca doa sebelum tidur.

Kadang-kala saya memang terlupa untuk membaca doa sebelum tidur. Jika tidak berdoa, saya biasanya akan bermimpi perkara yang bukan-bukan dan tidak terjaga sehingga waktu subuh. Selain baca doa, kita sangat digalakkan untuk membaca surah as sajadah dan al mulk sebelum tidur. 

Ikhlas.

Ikhlas adalah kunci penting untuk setiap ibadah.Solat malam yang kita dirikan perlulah ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan dari Allah. Bukan untuk mendapat kecemerlangan peperiksaan, kenaikan pangkat atau kejayaan dunia yang lain. Cubalah untuk ikhlas dalam beramal walaupun sukar. 

Tambah ilmu

Kita perlu ilmu untuk memasak, menjahit, bersilat, dan bertukang. Kalau tidak dengan ilmu, kita tidak dapat melakukan apa pun dengan baik. Jadi, jangan berhenti belajar tentang qiamulail baik dari segi sejarah, fadhilat, dan segala hal yang berkait dengannya. Anda pasti bertambah semangat untuk bangun solat malam dengan ilmu pengetahuan yang lebih luas mengenainya.  


Dengan izin Allah, anda mampu untuk bangun solat malam. Berusahalah!


Wednesday, December 15, 2010

Hijrah

Sebagai seorang muslim, kita memang digalakkan untuk berubah kearah kebaikan. Melakukan perubahan pada awal tahun hijrah mampu melonjakkan lagi semangat kita dengan mengenang kembali apa yang telah Nabi Muhammad tempuhi.

Bulan Muharam menyusul selepas bulan Zulhijjah. Aturan yang cukup cantik. Kita belajar tentang pengorbanan pada bulan Zulhijjah. Kemudian melakukan perubahan pada bulan Muharam.

Moga saya dan anda mampu berubah. Pastinya dengan izin Allah.

Wednesday, December 1, 2010

Salam

Salam sayang buat semua pembaca.

Saya teruja dengan blog ini.
Moga saya sentiasa dapat menghasilkan entri yang bermanfaat.

Dengan izin Allah.