Wednesday, August 3, 2011

Juadah Ramadhan

Quran 



Tafsir




Solusi Edisi Ramadhan

Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana tahun ni dapat bertemu kembali dengan bulan yang berkat ini. Moga saya dapat menjalani ibadah dengan baik. Moga saya beroleh rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. 

Saturday, May 21, 2011

Friday, April 29, 2011

Pesta buku 2011

Insyaallah, esok dan lusa hasna nak ke pesta buku kat PWTC.

Biasanya saya pergi dengan kawan dan adik. Tahun ini saja saya pergi sendiri. Adik exam. Kawan ada hal. 

Pencinta buku mesti pergi klibf. Kalau tak rasa hidup tak complete. 

Dan saya sebenarnya ponteng satu program kat tempat kerja. Tak patut langsung bos suruh datang hari Sabtu buat kerja. Next week outstation. Kalau dia nak marah pun kena tunggu lagi satu minggu. Hopefully beliau dah lupa tentang hal saya ponteng program tu.

Saturday, March 5, 2011

Patuh Peraturan

Kadang-kadang aku rasa nak langgar je semua peraturan yang tak disukai. Tapi mana boleh. Sebagai seorang muslim yang baik dan skema, aku kena buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. 

Monday, January 24, 2011

Puasa Ganti

Alhamdulillah. Siang tadi saya puasa ganti. So, dah selesai hutang puasa ramadhan tahun lepas. 

Puasa bukan alasan untuk tak nak selesaikan apa-apa kerja yang di amanahkan pada kita. Saya memang suka excuse dari buat amal ibadah lebih bila puasa sebab kononnya penat. Padahal time puasa ni la nak tambah pahala kan. 

Sebenarnya minda saya yang lembik. Kalau kata tak boleh memang saya tak kan dapat buat sesuatu perkara tu. So, lepas ni kenalah biasakan diri untuk berfikiran lebih positif dan yakin masa puasa. 

Monday, January 17, 2011

Sirah Muhammad

Syiok!

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya habis baca buku Sirah Muhammad tadi. 

Ingat dulu masa form 4. Cikgu kimia saya kata tiap-tiap pelajar patut ada dan baca sebuah buku sirah nabi. Perangai kita memang kadang-kadang macam hantu. So, bila baca buku sirah nabi ni boleh la kita ubah apa yang patut.

Last sekali, jom dengar nasyid ni.


Sunday, January 16, 2011

Abah

Abah sedang baca buku ini


Abah biasanya baca surat khabar atau buku atas sofa kat ruang tamu. Dia tak akan berganjak dari posisi yang sama masa membaca. Saya pulak suka membaca di pelbagai tempat dan posisi. Kalau tak membaca kat meja studi, saya akan duduk atas sofa atau baring atas katil. 

Saya perasan abah beli buku baru. Yang menarik perhatian  ialah abah baca buku berkaitan dengan imam mahadi dan dajjal lagi. Kebelakangan ini, saya selalu nampak abah baca buku macam tu. 


Buku abah

Saya tahu dia beli buku ini kat pesta buku Kelantan

Buku abah lagi

Saya belum baca semua buku ini


Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian abah sehingga dia begitu suka tentang hal imam mahadi dan dajjal. Abah saya pendiam. Dia jarang bercerita kepada kami tentang apa yang dah dia baca. Kalau nak tahu, terpaksalah baca saya sendiri. 

Friday, January 14, 2011

HP Vol 1


Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya habis baca HP volume  1 tadi. Rasanya buku ni tak perlukan review sebab korang semua dah tahu pun. 

Esok nak baca buku sirah Muhammad. 

Tuesday, January 11, 2011

11.1.11

Nak tahu tak? Hari ni birthday saya yang ke enam belas. Tak de buat apa yang special pun. Saya jalani rutin harian macam biasa. Cuma petang tadi saya dan mama bertungkus lumus buat cheesecake. Alhamdulillah menjadi. 

Tak sangka masa berlalu dengan begitu cepat. Saya dah besar dan alhamdulillah semakin faham dengan kehidupan. Syukur pada Allah sebab saya tak akan dapat jalani hidup ini tanpa kasih sayang daripadaNya.

Sunday, January 9, 2011

Kenapa Islam?


Alhamdulillah, dengan izin Allah saya dah habis baca buku Tariq. Sekarang, tengah baca buku kat atas ni. Banyak perkataan yang saya tak faham terutamanya translation ayat Quran. Disebabkan saya tak rajin buka kamus, saya buat-buat faham je lepas baca the whole sentence.  


Buku ni saya beli sendiri tahun lepas kat kedai buku agama. Saya beli pun sebab dapat 50% diskaun. Berbaloi jugak beli sebab buku ni hard cover dan kertas kat dalam pun berkualiti.  

Friday, January 7, 2011

Abah dan saya






Sekarang ni abah tengah baca buku kat atas tu. Dia memang suka membaca. Selain baca surat khabar untuk ahli sahaja itu, abah kadang-kala baca buku. Masa saya kecik dulu, abah pernah join saya dan adik-beradik yang lain baca buku kanak-kanak. 



Saya tengah baca buku Tariq. Dah sampai page 132. InsyaAllah boleh selesai baca hari ni. Lepas baca buku ni, saya baru tahu tentang bagaimana Islam bertapak di bumi Andalusia. 

Thursday, January 6, 2011

Merajuk


Saya seorang anak yang baik, skema, dan solehah (jangan muntah atas keyboard anda). Tapi kali ni memang  saya rasa nak merajuk dengan mak. Sampai hati mak buat saya sedih.

Pantai kat atas tu memang tempat saya selalu pergi kalau sedih. Tapi sekarang hujan. Tak leh pegi. Layan buku cerita je la.

Junior Masterchef Australia


Best tengok rancangan ni. Impress sangat dengan budak-budak kecik yang boleh masak dengan baik. Tak tahu la berapa ramai budak kat Malaysia yang ada passion dalam bidang masakan ni. 


Saya tengok semua episod rancangan ni kat Youtube. Tapi tak tengok episod separuh akhir sebab peserta kena masak siput babi! Loya tekak. Saya terus jump ke episod akhir. 




Sunday, January 2, 2011

Musibah

2010 adalah tahun yang sangat mencabar. Banyak kali saya menangis bila berhadapan situasi tegang. Sekarang 2010 dah tak ada lagi. 


Tahun baru datang bersama masalah baru. Saya memang tak expect langsung benda ni nak jadi. Terpaksa la hadapi walaupun sukar sangat.