Wednesday, August 3, 2011

Juadah Ramadhan

Quran 



Tafsir




Solusi Edisi Ramadhan

Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana tahun ni dapat bertemu kembali dengan bulan yang berkat ini. Moga saya dapat menjalani ibadah dengan baik. Moga saya beroleh rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka. 

Saturday, May 21, 2011

Friday, April 29, 2011

Pesta buku 2011

Insyaallah, esok dan lusa hasna nak ke pesta buku kat PWTC.

Biasanya saya pergi dengan kawan dan adik. Tahun ini saja saya pergi sendiri. Adik exam. Kawan ada hal. 

Pencinta buku mesti pergi klibf. Kalau tak rasa hidup tak complete. 

Dan saya sebenarnya ponteng satu program kat tempat kerja. Tak patut langsung bos suruh datang hari Sabtu buat kerja. Next week outstation. Kalau dia nak marah pun kena tunggu lagi satu minggu. Hopefully beliau dah lupa tentang hal saya ponteng program tu.

Saturday, March 5, 2011

Patuh Peraturan

Kadang-kadang aku rasa nak langgar je semua peraturan yang tak disukai. Tapi mana boleh. Sebagai seorang muslim yang baik dan skema, aku kena buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. 

Monday, January 24, 2011

Puasa Ganti

Alhamdulillah. Siang tadi saya puasa ganti. So, dah selesai hutang puasa ramadhan tahun lepas. 

Puasa bukan alasan untuk tak nak selesaikan apa-apa kerja yang di amanahkan pada kita. Saya memang suka excuse dari buat amal ibadah lebih bila puasa sebab kononnya penat. Padahal time puasa ni la nak tambah pahala kan. 

Sebenarnya minda saya yang lembik. Kalau kata tak boleh memang saya tak kan dapat buat sesuatu perkara tu. So, lepas ni kenalah biasakan diri untuk berfikiran lebih positif dan yakin masa puasa. 

Monday, January 17, 2011

Sirah Muhammad

Syiok!

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya habis baca buku Sirah Muhammad tadi. 

Ingat dulu masa form 4. Cikgu kimia saya kata tiap-tiap pelajar patut ada dan baca sebuah buku sirah nabi. Perangai kita memang kadang-kadang macam hantu. So, bila baca buku sirah nabi ni boleh la kita ubah apa yang patut.

Last sekali, jom dengar nasyid ni.


Sunday, January 16, 2011

Abah

Abah sedang baca buku ini


Abah biasanya baca surat khabar atau buku atas sofa kat ruang tamu. Dia tak akan berganjak dari posisi yang sama masa membaca. Saya pulak suka membaca di pelbagai tempat dan posisi. Kalau tak membaca kat meja studi, saya akan duduk atas sofa atau baring atas katil. 

Saya perasan abah beli buku baru. Yang menarik perhatian  ialah abah baca buku berkaitan dengan imam mahadi dan dajjal lagi. Kebelakangan ini, saya selalu nampak abah baca buku macam tu. 


Buku abah

Saya tahu dia beli buku ini kat pesta buku Kelantan

Buku abah lagi

Saya belum baca semua buku ini


Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian abah sehingga dia begitu suka tentang hal imam mahadi dan dajjal. Abah saya pendiam. Dia jarang bercerita kepada kami tentang apa yang dah dia baca. Kalau nak tahu, terpaksalah baca saya sendiri.