Sunday, January 16, 2011

Abah

Abah sedang baca buku ini


Abah biasanya baca surat khabar atau buku atas sofa kat ruang tamu. Dia tak akan berganjak dari posisi yang sama masa membaca. Saya pulak suka membaca di pelbagai tempat dan posisi. Kalau tak membaca kat meja studi, saya akan duduk atas sofa atau baring atas katil. 

Saya perasan abah beli buku baru. Yang menarik perhatian  ialah abah baca buku berkaitan dengan imam mahadi dan dajjal lagi. Kebelakangan ini, saya selalu nampak abah baca buku macam tu. 


Buku abah

Saya tahu dia beli buku ini kat pesta buku Kelantan

Buku abah lagi

Saya belum baca semua buku ini


Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian abah sehingga dia begitu suka tentang hal imam mahadi dan dajjal. Abah saya pendiam. Dia jarang bercerita kepada kami tentang apa yang dah dia baca. Kalau nak tahu, terpaksalah baca saya sendiri. 

No comments:

Post a Comment